Thursday, November 24, 2011

Hijrah

Tidak lama lagi kita akan menyambut Awal Muharram...sebagai mengingati peristiwa Hijrah oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah...Alhamdulillah, sambutan pada tahun ini, saya sendiri akan melakukan hijrah. Hijrah yang akan mempengaruhi kehidupan saya. Semuanya akan serba baru, hidup saya tidak akan sama lagi seperti dahulu..saya berdoa kepada Allah, semoga Hijrah ini akan membawa seribu hikmah dan kebaikan kepada diri saya. Menjadikan saya insan yang jauh lebih baik...insyaAllah...

Tuesday, October 25, 2011

Dilema

Saya dalam dilema untuk memilih. Saya berdoa kepada Allah semoga pilihan yang akan saya pilih atau yang saya terima, biarlah yang terbaik untuk saya...Ini tiada kaitan dengan soal teman hidup. Ini tentang perkara lain, yang juga antara perkara utama dalam hidup saya...Saya mohon kepada Allah, biarlah yang akan saya terima nanti yang terbaik untuk saya...aminn..

Saturday, October 8, 2011

Dhoifun

Hujung minggu yang padat, saya menerima tetamu sejak dari hari khamis. Dhoifun dalam Bahasa Arab, ertinya tetamu. Seperti biasa, saya dan abang yang sulong jadi tourist guide...bawak pergi sini, bawak pergi sana....hari ini, tetamu kami sudah berangkat pulang. Kita selalu mendengar, ungkapan 'tetamu membawa rahmat'. Bagi diri kami, RAHMAT itu datang dalam bentuk yang tidak dapat dilihat dari mata kasar,tapi dapat dirasakan kehadirannya dalam hati - GEMBIRA. Mereka sebagai tetamu sangat pandai membawa diri dan penuh dengan adab sebagai tetamu. Mereka berkeras untuk membantu di dapur dan solat berjemaah bersama-sama kami. Kami gembira dengan kehadiran mereka dan berharap mereka juga gembira berkunjung ke rumah kami. Tetamu yang begitu baik sekali, sudah pastilah membuat kami berbesar hati untuk menerima kunjungan mereka lagi. ^What u give,you get back^

Nota Kaki : Pernah tak menerima tetamu yang kurang menyenangkan? Hurmmm...mungkin tetap ada rahmat yang tersembunyi...Wallahhualam

Friday, September 23, 2011

Kemaafan

Andai dengan memohon maaf, membuat saya dekat kepada Allah, maka saya rela memohon maaf, bukan sedikit masa yang saya ambil untuk memohon maaf, saya pada awalnya, bertegas bahawa saya tidak bersalah...bukan saya yang memulakan...namun, saya pujuk hati saya, dia juga mungkin menganggap hal yang sama,bahawa dia juga tidak bersalah. Saya beralah. Biarlah saya memohon maaf. Saya tidak mahu syaitan terus bertepuk tangan meraikan terlerainya hubungan kami. Hubungan ini takkan kembali seperti dahulu lagi,cukuplah sekadar kami memaafkan satu sama lain. Cukuplah sekadar api kebencian dan amarah,rasa kecewa dikhianati berakhir. Rasa kasih dan sayang juga tinggal sifar, tapi tak mengapa,asalkan kami tidak terus mengikut amarah dan pujukan syaitan dari terus membenci antara satu sama lain..Ya Allah..kepadaMu aku berserah

Thursday, July 21, 2011

Ia tidak akan terlewat walau satu kerdipan mata

Baru pulang dari ziarah kematian seorang kenalan rapat kami di pejabat. Pagi tadi beliau masih sihat bersarapan dan berbual-bual.  Pukul 10 pagi, beliau telah menghembuskan nafas terakhir beliau. Kami tergamam. Begitulah ajal dan maut,yang telah ditentukan, tiada siapa yang tahu. Memang benar, melawat jenazah mampu menjadi peringatan kepada kita yang alpa bahawa dunia ini sementara, ada dunia yang kekal menunggu ketibaan kita. Sewaktu membacakan Surah Yassin, saya terpandang anak perempuan arwah, saya terbayang diri saya sendiri. Saya pernah melalui saat-saat ini, saat-saat saya kehilangan arwah abah. Saya terkenang arwah abah. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Terdetik di dalam hati, saya juga akan menyusul. Entahkan malam ini, atau esok pagi. Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran saya. Siapakah yang akan memandikan jenazah saya? akan adakah anak-anak yang membacakan surah-surah Alquran buat sedekah untuk saya, doa dari anak-anak yang soleh dan solehah?? Adakah saya akan pergi sebelum ibu saya? Kita tidak tahu. MasyaAllah...saya jadi takut dan menitiskan air mata. Saya berdoa, andai saya meninggal, saya berharap jenazah saya dikebumikan dalam secepat yang mungkin. tidak perlu membawa saya melalui perjalanan yang jauh. Tidak perlu menunggu saudara mara bahkan adik beradik yang mungkin saat itu berada jauh. Saya cuma mohon doa dari mereka, sedekah Al-fatihah untuk menerangi persinggahan di Alam Barkhzah. Saya berdoa, semuanya dipermudahkan Allah. Saat ini saya memohon, semoga Allah teguhkan iman saya menjalani hidup yang penuh dugaan dan cabaran ini kerana mati itu pasti, ia tidak akan terlewat walau satu kerdipan mata

Tuesday, July 19, 2011

melafazkan tidak dari hati

Maksud surah Al-fatihah - lafazkanlah dari hati, surah ini satu doa, bukan sekadar bacaan wajib :

SURAH AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Kehilangan yang tidak disesalkan, sama sekali.

Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya". Menbuat kesilapan itu sudah lumrah sebagai manusia, apa yang penting bersedia untuk tidak mengulanginya lagi. Dan cuba menjauhi keadaan yang tidak membantu kepada perubahan yang ingin dilakukan...ini cuma sebahagian dugaan untuk saya, menduga kesediaan saya untuk kehilangan sesuatu demi memperoleh sesuatu yang lebih baik, Allah sahaja yang lebih mengetahui, saya doakan semoga saya teguh dalam cabaran-cabaran lain yang akan saya tempuhi.

Tuesday, June 28, 2011

Pusingan U

Memandangkan tempat tinggal dan tempat kerja saya sekarang sangat dekat,maka saya selalu saja bermalas-malas untuk pergi kerja, hari sudah terang baru bergegas masuk bilik air. i take my own sweet time (sangat!). Saya pakai apa saja yang saya mahu. Kadang-kadang terlampau santai macam nak pergi pasar malam.. A few days back,saya bukak balik bagasi koleksi baju-baju kurung saya, saya buka balik wonderbox saya yang penuh dengan koleksi kerongsang saya...bukak kotak-kotak kasut yang sudah lama terbungkus dalam plastik sampah warna hitam..it has been a while saya tidak pakai semua itu. So i put it back on again. Sudahnya semua budak-budak ofis tegur, kakak-kakak and senior officers tegur. "Amboi pink hari ini" "Ewahhh, kasut baru hari ini" (walhal, kasut 3 tahun lepas)..hahaha.."Amboi kerongsang,blink blink!" etc etc...Bos pun pandang dan senyum. Tanda senang. Hari ini saya duduk di kerusi saya, pandang jauh ke luar tingkap dan saya tersenyum seorang diri. Perubahan saya ini mempengaruhi pandangan mereka terhadap saya, mempengaruhi persekitaran saya, dan saya rasa lebih ceria. Sudah lama saya tidak berdandan. Sejak saya bertukar ke sini. Tambah pula berat badan yang naik sehingga 20 kg dalam masa dua tahun, keinginan untuk berdandan tertutup terus. Selekeh. Dua tiga hari ini berlainan sekali, saya suka apa yang saya rasa sekarang. Sebelum ini saya anggap penampilan saya tidak punya kaitan dengan sesiapa.Asalkan kerja saya siap, itu sudah cukup. Jika saya selekeh, maka saya saja yang akan dilihat selekeh. Sebaliknya, penampilan saya ini memainkan peranan yang penting, sama pentingnya dengan prestasi kerja saya. Insya-Allah, saya akan berusaha menggerakkan kedua-dua perkara ini seiring. Menitik beratkan kebersihan diri, penampilan dan emosi. Insya-Allah. Semoga hari anda juga ceria selalu! Besok, hari khamis, hari berbaju batik. Jangan lupa! (^_^)

Wednesday, June 22, 2011

Kawan Yang Baik

Saya gembira kerana pada hari ini saya telah membuat keputusan yg tepat, saya telah menyahkan org yang berbaloi untuk saya jauhi, saya tidak mengalami kerugian walau sedikitpun...saya juga dapat menjauhi orang yang suka mengumpat kawannya sendiri, bayangkan,saya merasa simpati kepada kawan yang seorang lagi, kerana bila di hadapan kawan ini, si dia ini bukan main baiknya. Saya bukan anak-anak sekolah lagi, that sooooo high school thing...saya gembira dengan keputusan ini...saya pohon semoga Allah memahami bahawa saya tidak mahu "drama queen" dalam hidup saya lagi...saya bukan orang yang baik dan tawaduk, maka sebab itu saya perlukan kawan dan persekitaran yang lebih kondusif untuk memperbetulkan kesilapan diri saya ini... insyaAllah..

Thursday, June 16, 2011

Kesilapan yang diakui, pahit mengakuinya tapi pada akhirnya menenangkan jiwa...

Ya, saya telah berbuat silap, banyak silap dan saya mengakuinya..saya memandang remeh beberapa perkara.  Saya tahu tapi bertindak seperti orang yang tidak tahu...memang sudah kesalahan saya, maka saya muhasabah diri, saya pujuk diri saya, ini silap saya juga...hati saya memang sedih..tapi perlu sedar, semua ini datang dari silap saya sendiri. - Silap Bee. Saya akan kuatkan hati untuk lebih bertanggungjawab. seperti dia...tapi orang kata, kalau sudah tidak suka, 1000 kebaikan pun tidak berguna, tapi saya berubah ini kerana ingin mengubah diri saya, bukan kerana mahu memenangi hatinya. Ini untuk diri saya. untuk ketenangan jiwa saya. dan untuk keberkatan dalam rezeki saya..

Tuesday, May 24, 2011

B2B blog???

Sangat sibuk sekarang dengan persediaan majlis perkahwinan abang saya, the only single guy left!...huhuhu...sooooo haruslah agak teruja.....kalau ikutkan, semua benda nak buat, suka itu, suka ini, ehhhh...kenapalah saya yang terlebih dari bakal pengantin, let me tell. This is what my brother said to me months ago - " Adik, buatla apa yang patut, nak duit mintak, buat semuanya yang perlu". Titik, so mandat ini saya galas sepenuhnya...sampai bakal kakak ipar pun cakap..." Sian adik, buat simple2 je,". Tapi my "simple" seem not so simple...huhuhu...akan cuba wasatiah k...Owh! Lupa nak mention, pesanan istimewa kakanda tersayang, NO PELAMIN, erkkkk!!!!

Sunday, January 23, 2011

Aduhai...susahnya nak berjimat!

Membaca tajuknya sahaja pun ada yang sudah mampu membuat telahan.... maknanya tuan empunya blog ini memang payah benar nak berjimat cermat....boros! : bak kata makku...hehehe. Esok dapat gaji pertama bagi tahun 2011 dan antara lima azam utama aku bermula tahun 2011, ialah : Berjimat cermat dan menabung dengan lebih banyak untuk masa hadapan dan untuk melanjutkan pelajaran lagi di masa hadapan..huhuhu...harap2 tercapailah. Bila dibuat kira-kira memanglah aku dapat mengurangkan perbelanjaan setiap bulan dalam jumlah yang agak banyak sekiranya aku sedia BERKORBAN, maknanya, pada tahun ini,

1. Dah tak boleh lagi hantar baju ke dobi, mesti basuh sendiri......(senaman untuk kurus ) hahaha
(Tapi servis dobi ini bagus, ambil dan hantar percuma okey!)

2. Dah tak boleh buat pesanan makanan - kena masak sendiri (bagus untuk kesihatan)
(Tapi DapurLiza masak sedap,semua boleh pesan, tomyam,nasi goreng paprik,sup tulang dan macam-macam lagi terus ke pintu anda! termasuk minuman pun! Balik kerja, mandi dan makan,tak payah susah singgah kedai ) hurmmm....

3. Kena naik bas! Dari rumahku ke Angkasapuri RM1, pergi-balik RM 2, (senaman lagi,banyak berjalan) memang beza,sebab sekarang aku keluarkan RM10 setiap hari untuk transportation sahaja...( tapi tunggu bas leceh, buang masa kena bersesak-sesak,dan sangat-sangat menguji kesabaran dan juga aku kena bangun awal pagi...hehehehe)

4. Kurangkan membeli belah barang yang tidak perlu,contohnya - kasut,beg tangan,jam dlll....(yang ini rasanya aku boleh buat kot, sebab aku bukan fashionista sangat!). Tapi baju kurung tetap tempah sepasang tiap bulan..hehehe)

5. Tak boleh bercakap telefon lama-lama lagi,kalau boleh sms je,( Tapi aku ni memang malas nak sms banyak kali, malas nak menaip,cakap terus kan senang, cepat.)

6. Dan yang paling aku tak sanggup nak buat kena pindah rumah,atau cari budak rumah lagi seorang sebab sekarang ni aku duduk dua orang,so kos rumah ni kami tanggung dua org, rasa macam tak boleh nak tolak ansur je bab ini sebab aku prefer privasi....(rasanya yang ni aku takkan timbangkan)...

Setelah dicongak, jika langkah-langkah penjimatan ini dilakukan secara konsisten,maka aku dapat menjimatkan hampir seribu lebih...HAAAAA?????????????? Biar betul??? Ya, memang betul, RM1000++

Hmmmmmmmm.........nak seru displin diri ni yang agak susah!

Tuesday, January 18, 2011

KUAT TAPI LEMAH.......

Barangsiapa yang melihat kemungkaran,maka cegahlah ia dengan tanganmu;jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan lidahmu;jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan hatimu,yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman." (H.R. Muslim). Ingin sekali aku zahirkan kata-kata dalam hati ini.....ingin sekali aku khabarkan padanya......aku tidak suka....Seluruh jiwa raga,hati dan akal memaksa untuk aku melafazkan betapa aku mahukan ia berhenti....Sinar ini dapat aku rasakan,sesak dalam dada....Ya Allah, aku mohon jalan penyelesaian tanpa perlu melukakan atau memutuskan silaturahim.....maka kurniakanlah kebijaksanaan kepadaku untuk melakukannya...apakah jalan yang terbaik???....Tak mampu lagi untuk bertoleransi.....dan aku harap lambat atau cepat ia akan memahami....

Sunday, January 9, 2011

Nasib baikkk...tapi nasib juga tak selalunya baik...

Pagi ini, kami ada mesyuarat bersama JPA...mesyuarat ini telah dirancang sejak awal bulan lagi...persiapan mesyuarat semuanya telah dibuat. Tapi, pagi isnin yang indah ini, semua bagaikan huru hara, ahli mesyuarat penuh, sesak bilik mesyuarat, kerusi tak cukup, semasa minta pembantu pejabat dapatkan kerusi tambahan, dia bergerak pantas, cari kerusi, tiba-tiba,seorang pegawai atasan berkata dengan nada suara yang agak tinggi " mana air mineral?". Sepantas kilat kami mencari pekerja am untuk dapatkan air mineral, stok air mineral pula terletak di bangunan sebelah,saya tergerak hati untuk telefon katerer untuk buat pengesahan, tiba-tiba, pihak katerer beritahu mereka tidak dapat apa-apa pesanan, saya bekejar ke tempat katerer, masing-masing jawab tak tahu, tapi tuan katerer cakap pada saya " Dah, tak payah dengar cakap diorang,diorang memang tak tahu, sekarang beritahu menu apa yang ditempah,berapa orang?"... saya mengulangi tempahan yang dibuat, lebih kurang 15-17 minit tuan katerer sudah siapkan makaroni goreng, kuih bakar dan air teh...saya tolong angkat barang....Alhamdulillah...makanan dan minuman siap tersedia tepat pada waktunya....saya akui saya amat marah, saya marah kerana saya telah buat tempahan....tapi saya belajar sesuatu hari ini....saya belajar untuk mengawal amarah saya, letakkan ke tepi, dan menyelesaikan terlebih dahulu masalah tersebut. Selepas semua selesai, semua ahli sudah bermesyuarat. saya duduk di kerusi saya,cuba bertenang dan muhasabah, kenapa ini terjadi? sedangkan beratus mesyuarat yang telah kami buat/hadiri. mengapa perkara begini masih terjadi?. Saya buat beberapa konklusi kenapa masalah ini masih juga berulang :

  • Mesyuarat ini tidak melibatkan saya sebagai urus setia secara langsung. Memandangkan saya selalu berurusan dengan katerer, mereka minta saya uruskan hal tersebut sahaja. Semua yang terlibat sebagai urus setia tidak benar-benar mengenal pasti tugas mereka. Jadi mereka juga tidak mempunyai senarai semak apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas mesyuarat. (Saya letak tanggungjawab ini kepada ketua mereka, kerana dialah yang bertanggungjawab memastikan anah buahnya faham kerja-kerja yang mereka perlu lakukan setiap kali mesyuarat)

  • Silap saya kerana tidak membuat pengesahan sehari sebelum mesyuarat berlangsung. Tetapi saya dikira bernasib baik kerana tergerak hati untuk membuat pengesahan pada awal pagi.

Disebalik kejadian huru-hara pada pagi ini, ada satu perkara lagi yang saya pelajari :
·         Masalah ini tidak akan diselesaikan dengan baik, jika tiada kerjasama dari semua pihak. Saya tersentuh dek kecekapan dan kepantasan pembantu pejabat tersebut. Dia dengan bijak menggunakan sumber lain untuk membantu, dan dia turut sama turun padang (itu yang paling penting, jangan tahu mengarah saja, lembu punya susu, sapi dapat nama)

·         Tuan katerer tersebut tidak cepat melatah. Dia ketepikan emosinya, dan terus berfikir bagaimana menangani masalah tersebut. ( Dengan pengalaman sebagai katerer berpuluh tahun, masalah ini kecil baginya). Saya hormat cara dia menangani masalah pekerjanya yang sangat memualkan. Thanks Aunty!
Masalah ini tidak akan selesai tanpa mereka ini. Mereka sudi bersama saat susah dan senang. Namun, tanyakanlah kepada sesiapapun, mereka tidak suka bekerja dalam suasana huru-hara. Tidak dirancang dengan betul. Stres. Masalah ini tidak boleh berulang selalu. Kita mesti pantas menangani dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi. Perancangan kena ada, Senarai semak juga penting. Dan yang paling penting sekali, jangan kedekut untuk menuturkan ucapan terima kasih, tanda penghargaan anda kepada mereka…..kan sejukkkkk hati mendengarnya…

Wednesday, January 5, 2011

Kurang Itu Lebih

Pulang dari Korea tempoh hari, aku menatap gambar-gambar yang diambil pada saat kesejukan menyucuk tulang...ada sesuatu yang tidak kena....sesuatu yang aku tidak suka, tentang gambar-gambar itu...Jujur dan telus aku mengakui, kamera digital ini sudah tidak mampu menampakkan keindahan musim sejuk di Korea dek kerana ...........................AKU. Betuk kata mak, aku sudah terlalu gemuk....dia bagai dalam nada merayu saat meminta aku mengusahakan sesuatu....mengurangkan berat badanku.....dia malahan menawarkan rantai emasnya jika aku mampu melunaskan hasrat hatinya...ingin melihat aku kurus, mempunyai berat badan yang ideal....aku kembali menatap gambar-gambar ketika musafir di negara lain...hati ini berdetik,dulu aku masih boleh berkompromi,Chubby kononnnya....Maka "LEBIH kini sudah menjadi Kurang"...Lebih Berat Badan-Kurang Cantik, Kurang Lawa,Kurang Elok.....dan kini KURANG itu LEBIH, maksudku, lebih baik, lebih sihat, lebih cantik....Akan ku cuba atasi kekurangan ini......Supaya kembara seterusnya akan jadi lebih indah.......Travel with style!

Monday, January 3, 2011

Sirah ini bermula......

Duduk letaknya masih seperti bayi yang baru lahir...biarkan dia mengesot, merangkak, bertatih seperti juga bayi....dia tidak dalam terburu-buru untuk terus berlari....salam...