Sunday, January 23, 2011

Aduhai...susahnya nak berjimat!

Membaca tajuknya sahaja pun ada yang sudah mampu membuat telahan.... maknanya tuan empunya blog ini memang payah benar nak berjimat cermat....boros! : bak kata makku...hehehe. Esok dapat gaji pertama bagi tahun 2011 dan antara lima azam utama aku bermula tahun 2011, ialah : Berjimat cermat dan menabung dengan lebih banyak untuk masa hadapan dan untuk melanjutkan pelajaran lagi di masa hadapan..huhuhu...harap2 tercapailah. Bila dibuat kira-kira memanglah aku dapat mengurangkan perbelanjaan setiap bulan dalam jumlah yang agak banyak sekiranya aku sedia BERKORBAN, maknanya, pada tahun ini,

1. Dah tak boleh lagi hantar baju ke dobi, mesti basuh sendiri......(senaman untuk kurus ) hahaha
(Tapi servis dobi ini bagus, ambil dan hantar percuma okey!)

2. Dah tak boleh buat pesanan makanan - kena masak sendiri (bagus untuk kesihatan)
(Tapi DapurLiza masak sedap,semua boleh pesan, tomyam,nasi goreng paprik,sup tulang dan macam-macam lagi terus ke pintu anda! termasuk minuman pun! Balik kerja, mandi dan makan,tak payah susah singgah kedai ) hurmmm....

3. Kena naik bas! Dari rumahku ke Angkasapuri RM1, pergi-balik RM 2, (senaman lagi,banyak berjalan) memang beza,sebab sekarang aku keluarkan RM10 setiap hari untuk transportation sahaja...( tapi tunggu bas leceh, buang masa kena bersesak-sesak,dan sangat-sangat menguji kesabaran dan juga aku kena bangun awal pagi...hehehehe)

4. Kurangkan membeli belah barang yang tidak perlu,contohnya - kasut,beg tangan,jam dlll....(yang ini rasanya aku boleh buat kot, sebab aku bukan fashionista sangat!). Tapi baju kurung tetap tempah sepasang tiap bulan..hehehe)

5. Tak boleh bercakap telefon lama-lama lagi,kalau boleh sms je,( Tapi aku ni memang malas nak sms banyak kali, malas nak menaip,cakap terus kan senang, cepat.)

6. Dan yang paling aku tak sanggup nak buat kena pindah rumah,atau cari budak rumah lagi seorang sebab sekarang ni aku duduk dua orang,so kos rumah ni kami tanggung dua org, rasa macam tak boleh nak tolak ansur je bab ini sebab aku prefer privasi....(rasanya yang ni aku takkan timbangkan)...

Setelah dicongak, jika langkah-langkah penjimatan ini dilakukan secara konsisten,maka aku dapat menjimatkan hampir seribu lebih...HAAAAA?????????????? Biar betul??? Ya, memang betul, RM1000++

Hmmmmmmmm.........nak seru displin diri ni yang agak susah!

Tuesday, January 18, 2011

KUAT TAPI LEMAH.......

Barangsiapa yang melihat kemungkaran,maka cegahlah ia dengan tanganmu;jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan lidahmu;jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan hatimu,yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman." (H.R. Muslim). Ingin sekali aku zahirkan kata-kata dalam hati ini.....ingin sekali aku khabarkan padanya......aku tidak suka....Seluruh jiwa raga,hati dan akal memaksa untuk aku melafazkan betapa aku mahukan ia berhenti....Sinar ini dapat aku rasakan,sesak dalam dada....Ya Allah, aku mohon jalan penyelesaian tanpa perlu melukakan atau memutuskan silaturahim.....maka kurniakanlah kebijaksanaan kepadaku untuk melakukannya...apakah jalan yang terbaik???....Tak mampu lagi untuk bertoleransi.....dan aku harap lambat atau cepat ia akan memahami....

Sunday, January 9, 2011

Nasib baikkk...tapi nasib juga tak selalunya baik...

Pagi ini, kami ada mesyuarat bersama JPA...mesyuarat ini telah dirancang sejak awal bulan lagi...persiapan mesyuarat semuanya telah dibuat. Tapi, pagi isnin yang indah ini, semua bagaikan huru hara, ahli mesyuarat penuh, sesak bilik mesyuarat, kerusi tak cukup, semasa minta pembantu pejabat dapatkan kerusi tambahan, dia bergerak pantas, cari kerusi, tiba-tiba,seorang pegawai atasan berkata dengan nada suara yang agak tinggi " mana air mineral?". Sepantas kilat kami mencari pekerja am untuk dapatkan air mineral, stok air mineral pula terletak di bangunan sebelah,saya tergerak hati untuk telefon katerer untuk buat pengesahan, tiba-tiba, pihak katerer beritahu mereka tidak dapat apa-apa pesanan, saya bekejar ke tempat katerer, masing-masing jawab tak tahu, tapi tuan katerer cakap pada saya " Dah, tak payah dengar cakap diorang,diorang memang tak tahu, sekarang beritahu menu apa yang ditempah,berapa orang?"... saya mengulangi tempahan yang dibuat, lebih kurang 15-17 minit tuan katerer sudah siapkan makaroni goreng, kuih bakar dan air teh...saya tolong angkat barang....Alhamdulillah...makanan dan minuman siap tersedia tepat pada waktunya....saya akui saya amat marah, saya marah kerana saya telah buat tempahan....tapi saya belajar sesuatu hari ini....saya belajar untuk mengawal amarah saya, letakkan ke tepi, dan menyelesaikan terlebih dahulu masalah tersebut. Selepas semua selesai, semua ahli sudah bermesyuarat. saya duduk di kerusi saya,cuba bertenang dan muhasabah, kenapa ini terjadi? sedangkan beratus mesyuarat yang telah kami buat/hadiri. mengapa perkara begini masih terjadi?. Saya buat beberapa konklusi kenapa masalah ini masih juga berulang :

  • Mesyuarat ini tidak melibatkan saya sebagai urus setia secara langsung. Memandangkan saya selalu berurusan dengan katerer, mereka minta saya uruskan hal tersebut sahaja. Semua yang terlibat sebagai urus setia tidak benar-benar mengenal pasti tugas mereka. Jadi mereka juga tidak mempunyai senarai semak apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas mesyuarat. (Saya letak tanggungjawab ini kepada ketua mereka, kerana dialah yang bertanggungjawab memastikan anah buahnya faham kerja-kerja yang mereka perlu lakukan setiap kali mesyuarat)

  • Silap saya kerana tidak membuat pengesahan sehari sebelum mesyuarat berlangsung. Tetapi saya dikira bernasib baik kerana tergerak hati untuk membuat pengesahan pada awal pagi.

Disebalik kejadian huru-hara pada pagi ini, ada satu perkara lagi yang saya pelajari :
·         Masalah ini tidak akan diselesaikan dengan baik, jika tiada kerjasama dari semua pihak. Saya tersentuh dek kecekapan dan kepantasan pembantu pejabat tersebut. Dia dengan bijak menggunakan sumber lain untuk membantu, dan dia turut sama turun padang (itu yang paling penting, jangan tahu mengarah saja, lembu punya susu, sapi dapat nama)

·         Tuan katerer tersebut tidak cepat melatah. Dia ketepikan emosinya, dan terus berfikir bagaimana menangani masalah tersebut. ( Dengan pengalaman sebagai katerer berpuluh tahun, masalah ini kecil baginya). Saya hormat cara dia menangani masalah pekerjanya yang sangat memualkan. Thanks Aunty!
Masalah ini tidak akan selesai tanpa mereka ini. Mereka sudi bersama saat susah dan senang. Namun, tanyakanlah kepada sesiapapun, mereka tidak suka bekerja dalam suasana huru-hara. Tidak dirancang dengan betul. Stres. Masalah ini tidak boleh berulang selalu. Kita mesti pantas menangani dan cuba untuk tidak mengulanginya lagi. Perancangan kena ada, Senarai semak juga penting. Dan yang paling penting sekali, jangan kedekut untuk menuturkan ucapan terima kasih, tanda penghargaan anda kepada mereka…..kan sejukkkkk hati mendengarnya…

Wednesday, January 5, 2011

Kurang Itu Lebih

Pulang dari Korea tempoh hari, aku menatap gambar-gambar yang diambil pada saat kesejukan menyucuk tulang...ada sesuatu yang tidak kena....sesuatu yang aku tidak suka, tentang gambar-gambar itu...Jujur dan telus aku mengakui, kamera digital ini sudah tidak mampu menampakkan keindahan musim sejuk di Korea dek kerana ...........................AKU. Betuk kata mak, aku sudah terlalu gemuk....dia bagai dalam nada merayu saat meminta aku mengusahakan sesuatu....mengurangkan berat badanku.....dia malahan menawarkan rantai emasnya jika aku mampu melunaskan hasrat hatinya...ingin melihat aku kurus, mempunyai berat badan yang ideal....aku kembali menatap gambar-gambar ketika musafir di negara lain...hati ini berdetik,dulu aku masih boleh berkompromi,Chubby kononnnya....Maka "LEBIH kini sudah menjadi Kurang"...Lebih Berat Badan-Kurang Cantik, Kurang Lawa,Kurang Elok.....dan kini KURANG itu LEBIH, maksudku, lebih baik, lebih sihat, lebih cantik....Akan ku cuba atasi kekurangan ini......Supaya kembara seterusnya akan jadi lebih indah.......Travel with style!

Monday, January 3, 2011

Sirah ini bermula......

Duduk letaknya masih seperti bayi yang baru lahir...biarkan dia mengesot, merangkak, bertatih seperti juga bayi....dia tidak dalam terburu-buru untuk terus berlari....salam...