Thursday, July 21, 2011

Ia tidak akan terlewat walau satu kerdipan mata

Baru pulang dari ziarah kematian seorang kenalan rapat kami di pejabat. Pagi tadi beliau masih sihat bersarapan dan berbual-bual.  Pukul 10 pagi, beliau telah menghembuskan nafas terakhir beliau. Kami tergamam. Begitulah ajal dan maut,yang telah ditentukan, tiada siapa yang tahu. Memang benar, melawat jenazah mampu menjadi peringatan kepada kita yang alpa bahawa dunia ini sementara, ada dunia yang kekal menunggu ketibaan kita. Sewaktu membacakan Surah Yassin, saya terpandang anak perempuan arwah, saya terbayang diri saya sendiri. Saya pernah melalui saat-saat ini, saat-saat saya kehilangan arwah abah. Saya terkenang arwah abah. Semoga abah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Terdetik di dalam hati, saya juga akan menyusul. Entahkan malam ini, atau esok pagi. Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran saya. Siapakah yang akan memandikan jenazah saya? akan adakah anak-anak yang membacakan surah-surah Alquran buat sedekah untuk saya, doa dari anak-anak yang soleh dan solehah?? Adakah saya akan pergi sebelum ibu saya? Kita tidak tahu. MasyaAllah...saya jadi takut dan menitiskan air mata. Saya berdoa, andai saya meninggal, saya berharap jenazah saya dikebumikan dalam secepat yang mungkin. tidak perlu membawa saya melalui perjalanan yang jauh. Tidak perlu menunggu saudara mara bahkan adik beradik yang mungkin saat itu berada jauh. Saya cuma mohon doa dari mereka, sedekah Al-fatihah untuk menerangi persinggahan di Alam Barkhzah. Saya berdoa, semuanya dipermudahkan Allah. Saat ini saya memohon, semoga Allah teguhkan iman saya menjalani hidup yang penuh dugaan dan cabaran ini kerana mati itu pasti, ia tidak akan terlewat walau satu kerdipan mata

Tuesday, July 19, 2011

melafazkan tidak dari hati

Maksud surah Al-fatihah - lafazkanlah dari hati, surah ini satu doa, bukan sekadar bacaan wajib :

SURAH AL-FATIHAH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Kehilangan yang tidak disesalkan, sama sekali.

Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya". Menbuat kesilapan itu sudah lumrah sebagai manusia, apa yang penting bersedia untuk tidak mengulanginya lagi. Dan cuba menjauhi keadaan yang tidak membantu kepada perubahan yang ingin dilakukan...ini cuma sebahagian dugaan untuk saya, menduga kesediaan saya untuk kehilangan sesuatu demi memperoleh sesuatu yang lebih baik, Allah sahaja yang lebih mengetahui, saya doakan semoga saya teguh dalam cabaran-cabaran lain yang akan saya tempuhi.