Wednesday, September 24, 2014

Kamu cerminan aku....

Begini rasanya jika buat begitu. Begitu rasanya jika kamu memperlakukan hal yang sama. Aku seolah melihat diri sendiri. Allah punya cara yang sangat magis untuk memberitahu aku. Tidak suka maka janganlah memperlakukan perkara yang sama terhadap orang lain. Terima kasih Allah, perlahan-lahan Kau sudah menukarkan kaca mata, hati nuraniku dalam melihat sesuatu.... sudah mampu menilai dengan lebih baik. Kenapa mesti aku jaga akhlakku, perangai, attitude? Kerana itu yang menentukan bagaimana aku ingin berdepan dengan setiap perkara, kecil atau besar yang datang dalam hidupku. Jika tidak bersesuaian, maka seeloknya, lebih baik diletakkan selapis dinding kaca. Maafkan aku... aku tidak sekuat seperti yang lainnya. Mungkin kerana aku terlalu memandang tinggi terhadapnya.. mungkin kerana aku mengharapkannya turut bersama-sama dalam berusaha memperbaiki diri... tapi aku silap. Silap. Aku pernah menghukum, sedangkan aku tidak mahu dihukum. Aku mengadili sedangkan aku tidak mahu diadili.... Tapi aku sedar sekarang, aku dinilai dan aku berhak menilai. Kerana Allah telah menyuruh hambanya menilai yang baik dan juga yang buruk. Allah juga menyuruh hambanya saling ingat mengingati. Mungkin ada perkara yang telah aku sampaikan lalu Allah juga menyampaikan ingatanNya kepadaku. Mungkin dalam pelbagai cara sehingga aku dapat melihatnya, dapat merasainya. Aku ingin jadi anak yang baik, adik yang baik, makcik yang baik, teman yang baik. Itulah yang terbuku dihati ku sekarang, aku cuma mahu menjadi orang yang mampu memberi nilai kepada diri sendiri dan org lain. Jika tidak mampu menyenangkan, janganlah sampai aku membebankan. Aku juga sedar sekarang, biarpun ada yang sudi mendengar, tapi perlu juga aku pertimbangkan. Hakikatnya, ada orang yang tidak mampu meluahkan biarpun mereka tidak suka. Jadi janganlah aku berlebihan, Janganlah aku mengambil kesempatan. KepadaMu tuhan, aku panjatkan kesyukuran, setiap hari ke hari kau berikan aku peluang untuk memperbaiki kesilapan, Kau tunjukkan aku jalan... pandulah aku menuju redhaMu.. terima kasih Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.