Wednesday, April 10, 2013

Ucaplah syukur walau sekecil nikmat

Saya keluar agak lewat pagi ini...pukul 8.10pagi. Sangka saya mungkin kad perakam waktu saya merah hari ini. Saya masuk ke lif, tersalah tekan button Tingkat 10, Allah...saya mengeluh, sudahlah lambat, salah tekan pulak. Lif turun semula namun berhenti dua kali. Tingkat yang berlainan. Tiba-tiba terpacul sahabat lama, nona and her two lil precious. Both are soooo cute and adorable!! Saya senyum girang. Melihat keduanya sudah cukup menceriakan hari saya. Syukur kepada Allah, sahabat saya sudah bergelar ibu kepada dua permata hati yang sangat comel. Melihatkannya sudah membuat saya gembira. May Allah bless her and the whole family. Tiap- tiap hari saya pergi bekerja menaiki bas. Baru sahaja duduk, bas sudah kelihatan. Alhamdulillah....Syukur padaMu ya Allah. Saya tersenyum lagi. Rasa syukur sangat atas pertolongan ini, maknanya saya tidak perlu bersusah-susah, malu-malu minta tandatangan sokongan dari bos kerana lambat. Saya sampai 8.25pagi. Ya Allah, terima kasih atas pertolongan pada pagi ini. Semoga hari ini berlalu baik dengan izinMu, kalaupun tidak, bantulah aku melaluinya dengan baik juga ya Allah..Ucaplah syukur walau sekecil-kecil perkara yang Allah kurniakan kepada kita, ucapkanlah, lafazkanlah...Alhamdulillah..

Thursday, March 22, 2012

Jawapan yang sama

Allah tidak pernah mengubah jawapannya,tidak pernah mengubah janjinya...saya perasan atau barangkali secara kebetulan, atau sudah digerakkan oleh Illahi, saya akan mendapat jawapan kepada kesulitan atau persoalan yang saya hadapi...bahkan ketika saya bermenung di tangga rumah lalu terpandang kalendar yang turut  menyelitkan bait-bait hadith dan firman Allah..jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran terjawab.Terang lagi Jelas. Saya terkesima. Saya andaikan doa saya masih tidak termakbul, mengapa saya masih tidak mampu istiqomah dalam melaksanakan perintah Allah yakni secara berterusan dengan pelaksanaan yang cemerlang. Saya termenung dan merenung kembali. Tidak, doa saya tidak pernah diabaikan, saya memohon kepadanya begini - Ya Allah, Kau tetapkan imanku dan tunjukkanlah aku jalan yang benar, kau tetapkan niatku dan peliharalah aku. Dan acap kali saya musykil tentang sesuatu, saya akan menemukan jawapannya hatta pada bungkusan nasi lemak sekalipun. Doa saya dimakbulkan, saya mendapat petunjuknya. Saya berdoa, semoga kami dimurahkan rezeki. Alhamdulillah, rezeki bertambah lagi, {hari ini gaji dah masuk (^_^)}. Saya doakan semoga ibu saya diberi kesihatan yang baik, Syukur, dia masih sihat cuma sesekali demam...dalam banyak doa yang saya mohon, ada satu yang belum dikabulkan dan saya merasa sedih, saya merasa kekurangan..tetapi saya lupa, sudah banyak doa saya yang dimakbulkan Allah, saya lupa mensyukurinya...saya mengeluh kerana ada doa yang belum dimakbulkan...Saya leka dan lupa ini cuma persinggahan saya...ini bahagian saya di dunia yg sementara ini, dugaan untuk saya atau peringatan atau hukuman atas dosa yang lalu. Sukar sekali untuk menetapkan perasaan dan tekad, untuk terus istiqomah. Saya akan terus berdoa...Tahun 2012, saya tetapkan matlamat saya, saya perlu merentas masa - ke belakang. Dari satu fasa ke satu fasa kehidupan yang lalu. Ada yang perlu saya tebus dan yang perlu saya lunaskan, perlu mencari kemaafan dan memaafkan. Perjalanan ini bermula dari hari pertama saya dilahirkan...panjang umur, kita akan jumpa kembali..bila tiba giliran kalian...insyaAllah..

Thursday, November 24, 2011

Hijrah

Tidak lama lagi kita akan menyambut Awal Muharram...sebagai mengingati peristiwa Hijrah oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah...Alhamdulillah, sambutan pada tahun ini, saya sendiri akan melakukan hijrah. Hijrah yang akan mempengaruhi kehidupan saya. Semuanya akan serba baru, hidup saya tidak akan sama lagi seperti dahulu..saya berdoa kepada Allah, semoga Hijrah ini akan membawa seribu hikmah dan kebaikan kepada diri saya. Menjadikan saya insan yang jauh lebih baik...insyaAllah...

Tuesday, October 25, 2011

Dilema

Saya dalam dilema untuk memilih. Saya berdoa kepada Allah semoga pilihan yang akan saya pilih atau yang saya terima, biarlah yang terbaik untuk saya...Ini tiada kaitan dengan soal teman hidup. Ini tentang perkara lain, yang juga antara perkara utama dalam hidup saya...Saya mohon kepada Allah, biarlah yang akan saya terima nanti yang terbaik untuk saya...aminn..

Saturday, October 8, 2011

Dhoifun

Hujung minggu yang padat, saya menerima tetamu sejak dari hari khamis. Dhoifun dalam Bahasa Arab, ertinya tetamu. Seperti biasa, saya dan abang yang sulong jadi tourist guide...bawak pergi sini, bawak pergi sana....hari ini, tetamu kami sudah berangkat pulang. Kita selalu mendengar, ungkapan 'tetamu membawa rahmat'. Bagi diri kami, RAHMAT itu datang dalam bentuk yang tidak dapat dilihat dari mata kasar,tapi dapat dirasakan kehadirannya dalam hati - GEMBIRA. Mereka sebagai tetamu sangat pandai membawa diri dan penuh dengan adab sebagai tetamu. Mereka berkeras untuk membantu di dapur dan solat berjemaah bersama-sama kami. Kami gembira dengan kehadiran mereka dan berharap mereka juga gembira berkunjung ke rumah kami. Tetamu yang begitu baik sekali, sudah pastilah membuat kami berbesar hati untuk menerima kunjungan mereka lagi. ^What u give,you get back^

Nota Kaki : Pernah tak menerima tetamu yang kurang menyenangkan? Hurmmm...mungkin tetap ada rahmat yang tersembunyi...Wallahhualam

Friday, September 23, 2011

Kemaafan

Andai dengan memohon maaf, membuat saya dekat kepada Allah, maka saya rela memohon maaf, bukan sedikit masa yang saya ambil untuk memohon maaf, saya pada awalnya, bertegas bahawa saya tidak bersalah...bukan saya yang memulakan...namun, saya pujuk hati saya, dia juga mungkin menganggap hal yang sama,bahawa dia juga tidak bersalah. Saya beralah. Biarlah saya memohon maaf. Saya tidak mahu syaitan terus bertepuk tangan meraikan terlerainya hubungan kami. Hubungan ini takkan kembali seperti dahulu lagi,cukuplah sekadar kami memaafkan satu sama lain. Cukuplah sekadar api kebencian dan amarah,rasa kecewa dikhianati berakhir. Rasa kasih dan sayang juga tinggal sifar, tapi tak mengapa,asalkan kami tidak terus mengikut amarah dan pujukan syaitan dari terus membenci antara satu sama lain..Ya Allah..kepadaMu aku berserah